Krisis MIC: Najib akan panggil Palanivel beri penjelasan

Astro Awani
Jun 21, 2015 04:11 MYT
NAJIB: Palanivel harus berhenti menyalahkan pihak lain dan akur kepada keputusan mahkamah. -Gambar fail
Perdana Menteri akan memanggil Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berhubung komen yang dibuat di PWTC.
Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata Palanivel harus berhenti menyalahkan pihak lain dan akur kepada keputusan mahkamah.
Najib mengeluarkan kenyataan berkenaan dalam kemas kini di akaun Twitternya pada Ahad.

I'll summon @GPalanivel to explain his reported comments at PWTC. He shd stop blaming others & must abide by the decision of the courts &RoS

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 21, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Najib, Palanivel harus patuh kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang memutuskan bahawa pemilihan MIC pada 2013 adalah tidak sah dan terbatal.
Sebelum ini, Presiden MIC itu menyatakan akan tetap mengadakan pemilihan baharu bagi semua jawatan parti mulai Ogos ini.
Menurutnya, pemilihan itu akan dibuat oleh tujuh ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) bebas.
Palanivel menambah cadangan itu telah dikemukakan kepada perdana menteri Jumaat lalu sebelum keputusan dibuat.
#CWC #MIC #najib #Palanivel #pemilihan MIC #ros