Konvensyen Pilihanraya PKR terbuka kepada semua ahli

Sinar Harian
Ogos 26, 2022 04:02 MYT
Rafizi memohon kerjasama semua anggota yang hadir untuk bersabar jika ada sebarang kekurangan di pihak penganjuran. - Gambar fail
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesahkan Konvensyen Pilihanraya PKR yang akan diadakan pada Sabtu terbuka kepada semua ahli parti itu.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Rafizi berkata, perkara itu diputuskan susulan mendapat permintaan daripada ahli parti di seluruh negara untuk menyertai konvensyen berkenaan.
“Sukacita juga saya maklumkan bahawa penyertaan dari cabang-cabang seluruh negara telah memenuhi jumlah penyertaan yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP).
“Oleh itu, saya memohon kerjasama semua anggota yang hadir untuk bersabar jika ada sebarang kekurangan di pihak penganjuran memandangkan kehadiran ‘walk-in’ adalah tambahan kepada perancangan asal,” katanya.
Konvensyen Pilihanraya PKR 2022 akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam bermula 2 petang hingga 5 petang. - Sinar Harian
#Konvensyen Pilihanraya PKR #Rafizi Ramli #PRU15 #kehadiran walk-in
;