Konvensyen Khas PKR sempena ulang tahun ke-25 diawalkan kepada Ahad ini - Fahmi

Bernama
April 15, 2024 17:30 MYT
Fahmi berkata lokasi program itu turut ditukar dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Konvensyen Khas 25 Tahun PKR yang dijadualkan berlangsung pada 28 April, diawalkan kepada hari Ahad ini.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata lokasi program itu turut ditukar dari Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor kepada Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
"Tarikh asal pada 28 April, tapi diawalkan pada 21 April dan lokasi baharu di IDCC," katanya ringkas kepada Bernama, hari ini.
Sebelum ini PKR menetapkan selepas konvensyen khas itu, Malam Sambutan 25 Tahun Keadilan akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Sentul Depot di sini.
Malam Sambutan 25 Tahun itu dijadual berlangsung sepanjang hari dengan acara kemuncaknya penyampaian Amanat Presiden PKR yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
#Konvensyen Khas PKR #Fahmi Fadzil #diawalkan #Anwar Ibrahim
;