Kongres DAP ditangguh ke tahun depan - Anthony Loke

Hilmi Malik
Disember 7, 2020 20:18 MYT
Menurut Loke, setakat ini proses penamaan calon bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah selesai dilaksanakan selain nama calon telah dimuktamadkan.
KUALA LUMPUR: DAP bakal mengadakan kongres parti pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak sebelum 30 Jun 2021 berikutan penangguhan program itu yang dijadualkan pada 20 Disember ini di Shah Alam.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah menerima surat maklum balas daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada petang Isnin.
“JPPM telah bersetuju untuk memberi lanjutan masa bagi mengadakan Kongres Parti DAP selewat-lewatnya sebelum 30 Jun,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Loke, setakat ini proses penamaan calon bagi Jawatankuasa Tertinggi Pusat telah selesai dilaksanakan selain nama calon telah dimuktamadkan.
Sebelum ini, DAP membuat permohonan agar kongres parti itu yang sepatutnya berlangsung sebelum hujung tahun ini, ditangguhkan sekurang-kurangnya enam bulan ekoran penularan COVID-19 yang membimbangkan.
#DAP #Anthony Loke #Kongres DAP #politik #JPPM #Pendaftar Pertubuhan #COVID-19
;