Komplot jatuhkan PM? Saya tak ambil kira - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Disember 16, 2018 13:05 MYT
MAHATHIR: Saya ada dengar...
Tun Dr Mahathir Mohamad akui mendengar ura-ura kononnya wujud komplot untuk menjatuhkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.
Enggan mengulas panjang, Dr Mahathir tidak mengambil endah berkenaan ura-ura tersebut.
“Ura-ura, saya (ada) dengar, tapi saya tak ambil kira,” itu reaksi ringkas Dr Mahathir pada sidang media bersama wakil media Malaysia di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendakwa ada ura-ura bahawa ada pihak mahu menjatuhkan Dr Mahathir dengan menggunakan kuasa Parlimen.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan menyifatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan komited bersama Dr Mahathir.
BACA: Tiada komplot PH mahu jatuhkan Perdana Menteri - Mukhriz Mahathir
#komplot #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Politik Malaysia
;