KJ ucap tahniah kepada PH
Sinar Harian
Ogos 18, 2018 12:32 MYT
Ogos 18, 2018 12:32 MYT
"Tahniahlah kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana rakyat tak kisah mereka tunaikan janji atau tidak."
Demikian reaksi Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika diminta mengulas sempena genap 100 hari Malaysia di bawah pemerintahan PH setelah kerajaan BN tumbang pada PRU lepas.
Khairy dalam reaksi itu menjelaskan, beliau melihat senario itu dalam kalangan rakyat yang disifatkan tidak menghiraukan tentang janji 100 hari dibuat PH asalkan kerajaan BN dapat disingkirkan.
"100 hari tak penting kerana rakyat Malaysia tidak kisah sama ada PH tunaikan janji atau tidak. Mereka kata mereka tak kisah PH dapatkan tunaikan janji sebab dulu mereka nak buang Najib dan BN sahaja.
"Bagi saya janji ni tak penting, mereka laksanan atau tidak, tidak penting..sebab rakyat malaysia tidak kisah pasal janji. Cuma sebagai pembangkang, kita akan ingatkan PH supaya tunaikan janji," katanya ditemui media sempena Pelancaran Buah Tangan Store KL City Walk, di sini.
Diminta mengulas tentang prestasi BN sebagai pembangkang, KJ berkata, BN sekadar lulus tanpa cemerlang.
"BN Di Parlimen boleh tahan. tidak cemerlang, tidak gagal, tidak mengecewakan tetapi boleh tahanlah. Lulus tanpa cemerlang. kita masih ada lagi banyak ruang untuk memperbaiki dari segi hujah dan kemahiran sebagai pembangkang," katanya.
#100 hari
#Barisan Nasional
#Hari Malaysia
#Khairy Jamaluddin
#Pakatan Harapan
#PRU
#tak kisah janji