KJ mengaku 1MDB punca UMNO tumbang

Sinar Harian
Jun 5, 2018 09:10 MYT
Khairy berkata, UMNO sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentangnya berhubung skandal 1MDB pada 2015. - Gambar fail
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui parti keramat Melayu itu tumbang kerana kegagalan menteri terdahulu menegur Presidennya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang skandal 1MDB.
Khairy berkata, barisan kepimpinan tertinggi gagal menuntut penjelasan berhubung skandal kewangan tersebut hingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) berdepan kekalahan teruk pada 9 Mei lalu.
“Kami terlepas satu peluang untuk meyakinkan kami semua mengenai hakikat sebenar tentang situasi tersebut,” katanya kepada South China Morning Post.
Menurutnya, parti sepatutnya sudah bertindak terhadap Najib apabila beliau memecat menteri yang secara terbuka menentang bekas menteri kewangan itu berhubung skandal 1MDB pada 2015.
Pada 15 Mei lalu, Khairy dalam satu wawancara mengakui kesal kerana parti mengabaikan suara akar umbi yang mula dikesan menolak mereka selepas dua pemimpin kanan parti disingkirkan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
BACA: 'Saya silap dan saya akan ingat sampai bila-bila'
Najib kini berhadapan siasatan dakwaan terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat milik kerajaan itu.
Beliau bagaimanapun menafikan sebarang dakwaan salah laku.
BACA: Najib Razak beri kenyataan lanjutan isu SRC International
BACA: Najib hadir di SPRM beri keterangan kali kedua
#1MDB #akar umbi #dakwaan #kalah #Khairy Jamaluddin #Melayu #Mohd Shafie Apdal #Muhyiddin Yassin #Najib Razak #parti #pecat #PRU14 #salah laku #siasatan #UMNO
;