KJ jawab kepada Rafizi, "Tanya calon PKR sendiri kenapa tak buat pas SPR"

Malik Ridhwan
April 28, 2018 14:19 MYT
Dr S. Streram dengan raut wajah tidak puas hati ketika dirakam di luar pusat penamaan calon Dewan Seri Rembau. - Foto Astro AWANI / Israr Khalid
Kegagalan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr S. Streram menyerahkan borang penamaan calon di pusat penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menjadi buah mulut pakatan pembangkang di media sosial.
Bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memuat naik tweet berbaur provokasi terhadap calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan pihak polis menghalang Streram untuk menghantar borang penamaan calon pada Sabtu.
Rafizi yang memaklumkan tidak akan bertanding pada PRU14 menulis: “Jika bekas menteri besar Negeri Sembilan menang percuma kerana PDRM halang calon PH hantar borang, orang yang turut kena jawab ialah @khairykj kerana DUN Rantau dalam Parlimen Rembau.
“Masih tunggu laporan dari Rembau,” tulis Rafizi menerusi tweet yang dimuat naik di laman Twitternya.

Jika bekas MB N9 menang percuma kerana @PDRMsia halang calon PH hantar borang, org yg turut kena jawab ialah @Khairykj kerana DUN Rantau dalam Parlimen Rembau. Masih tunggu laporan dari Rembau.

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Calon Ahli Parlimen Rembau, Khairy kemudian membalas pertanyaan Rafizi dan memintanya bertanya sendiri kepada calon PKR tersebut (Streram) tentang punca dia tidak membuat pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihanraya (pas SPR). I don think MB or I have to answer for your own candidate mistake. https://t.co/vPUeP9jOYO

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Tanya calon PKR sendiri kenapa dia tak buat kad pengenalan diri pilihan raya (pas SPR).
“Saya tidak rasa menteri besar atau saya perlu menjawab bagi kesilapan calon anda sendiri,” balas Khairy.
Malah, tweet Rafizi turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memang kerja menghasut, calon sendiri yang tak bersedia salahkan PDRM pula. Sudahlah Rafizi. #TsunamiPHitnah pic.twitter.com/VwhBIz6zYd

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) April 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Memang kerja menghasut, calon sendiri yang tak bersedia salahkan PDRM pula. Sudahlah Rafizi,” kata Najib, yang juga calon Parlimen Pekan.
Streram yang sepatutnya menentang penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohamad Hasan gagal berbuat demikian selepas tidak dibenarkan masuk ke Dewan Seri Rembau kerana gagal mempamerkan pas calon yang dikeluarkan oleh SPR.
Sedikit kekecohan berlaku di pusat penamaan calon tersebut selepas Streram bertegas mahu memasuki Dewan Seri Rembau bagi menyerahkan borangnya, namun dihalang petugas keselamatan kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Justeru, penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan secara rasmi menang tanpa bertanding apabila Streram, gagal menghantar borang penamaan calon.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau, Amino Agus Suyub, membuat pengumuman itu selepas proses penamaan calon tamat sebentar tadi.
#borang penamaan #calon #Dr S Streram #Khairy Jamaluddin #Menteri Besar #Mohamad Hasan #Negeri Sembilan #PDRM #pembangkang #PKR #PRU14 #Rafizi Ramli #Rembau #Suruhanjaya Pilihan Raya #Tweet
;