Kita kalah kerana 1MDB - KJ tempelak Najib

Khairunnisa Kasnoon
November 3, 2018 13:05 MYT
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menempak Najib - Foto fail
Kita kalah kerana 1MD, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamauddin menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib memaklumkan, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum, (PRU) ke 14 lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).
Dengan nada tegas, Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN sebaliknya menyatakan kekalahan BN pada PRU-14 adalah disebabkan 1Malaysia Developmemt Behad (1MDB).
“We lost because of 1MDB. The end”, ujar Khairy di laman twitternya.

We lost because of 1MDB. The end. https://t.co/hxKREJEZdT

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas Perdana Menteri dalam satu sidang media menyifatkan kekalahan BN adalah disebabkan oleh fitnah dan janji-janji palsu PH.
Malah katanya, tiada apa yang salah pada BN dan UMNO.
#1MDB #Barisan Nasional #fitnah #Khairy Jamaluddin #Malaysia #Najib Razak #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU #UMNO