Kita alu-alukan pembangkang sertai PH untuk perubahan negara - Wan Azizah

Rahimah Abdullah
Jun 24, 2018 14:48 MYT
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan mana-mana wakil rakyat parti pembangkang untuk bersama Pakatan Harapan melakukan perubahan untuk negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan mana-mana wakil rakyat parti pembangkang untuk bersama Pakatan Harapan melakukan perubahan untuk negara.
Beliau pada masa berkata tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali umum keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah atas pilihannya.
“Itu adalah pilihannya. Kita mengalu-alukan mana-mana ADUN untuk menyertai dan membuat perubahan untuk negara,” katanya kepada media semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Jelasnya, beliau menyerahkan kepada pimpinan Pakatan Negeri bagi membuat keputusan sama ada untuk menerima penyertaan Ahli Parlimen Bagan Serai ke dalam parti.
“Kita serahkan kepada Pakatan negeri,” ujarnya.
Dr Noor Azmi umum keluar UMNO dan BN hari ini serta dijangka akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dr Noor Azmi mengisytiharkan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan termasuk Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
#Dr Noor Azmi Ghazali #keluar parti #Pakatan Harapan #pembangkang #Timbalan Perdana Menteri #wakil rakyat #Wan Azizah Wan Ismail
;