'Kiamat Internet' diramal berlaku dalam beberapa dekad lagi?

Faida Rahim
Oktober 27, 2022 11:50 MYT
Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang.
Hal ini disahkan oleh sekumpulan saintis yang meramalkan berlakunya gangguan talian berbulan lamanya apabila ribut merosakkan satelit dan talian kuasa.
Memetik laporan Daily Star, kajian ini dimaklumkan oleh Dr Benjamin Pope dari Universiti Queensland in Australia memberitahu berdasarkan data tersedia, kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.
“Namun, kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkan atau apa kemudaratan yang mungkin berlaku disebabkannya.
"Kemungkinan ini agak membimbangkan dan meletakkan asas untuk penyelidikan lanjut,” katanya.
Pasukan saintis itu menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena sedemikian.
“Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas.
“Teori utama adalah letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut kerana jika salah satu daripadanya berlaku hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer.
“Kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan,” ujar Pope.
Penyelidikan itu diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society A Mathematical Physical and Engineering Sciences.
#Kiamat internet #Dr Benjamin Pope #mudarat #Fenomena
;