Khairy bertanding jawatan presiden UMNO?
Sinar Harian
Jun 17, 2018 11:31 MYT
Jun 17, 2018 11:31 MYT
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijangka secara rasmi mengumumkan akan bertanding jawatan presiden UMNO.
Sumber berkata, Khairy sedang dalam proses mengemukakan kertas pencalonannya untuk pemilihan parti pada 30 Jun.
Sementara itu, seorang lagi sumber rapat dengan pemimpin yang mesra dengan panggilan KJ itu berkata, "Khairy akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan penawaran dirinya petang ini."
Petang ini (17 Jun) adalah hari terakhir untuk penyerahan borang pencalonan.
Sekiranya benar Khairy bertanding, beliau bakal menentang Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Seorang lagi pencabar setakat yang belum dikenalpasti iaitu ahli perniagaan dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bahawa Khairy adalah calon terbaik untuk jawatan itu kerana Umno kini dianggap sebagai parti dalam kekacauan dan tidak ada arah dalam perjuangannya.