Ketidaktentuan politik tidak akan berakhir dengan Anwar jadi PM - Dr Mahathir
Reuters
Oktober 17, 2020 23:10 MYT
Oktober 17, 2020 23:10 MYT
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan dan majoriti kukuh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, seperti didakwanya.
Bagaimanapun, jika benar Anwar mempunyai sokongan seperti yang didakwa, pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berpendapat kemelut politik di negara ini tetap akan berterusan.
Bercakap kepada Reuters, Dr Mahathir turut berpendapat walaupun dengan pimpinan kerajaan baharu, negara ini tetap berdepan kemelut politik membabitkan pakatan parti-parti politik terutamanya dengan UMNO.
"Keadaan ketika ini adalah sangat tidak menentu... sehingga boleh menyebabkan satu situasi di mana tiada kerajaan dalam negara itu," katanya kepada Reuters ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir says political uncertainty won't end with Anwar as PM
Malah katanya, Anwar sebelum ini juga sudah tiga kali membuat dakwaan seumpama itu.
"Ini apa yang selalu Anwar katakan, sudah tiga kali Anwar mendakwa dirinya mempunyai sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai sokongan yang sahih," katanya.
Sementara itu, pejabat Anwar tidak memberi sebarang respon ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Dr Mahathir berkenaan.
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#UMNO
#sokongan
#majoriti
#Pejuang