Ketiadaan pimpinan BN di Kongres DAP kerana tidak diundang, bukan boikot - Loke
Khalis Khadir
Mac 16, 2025 16:39 MYT
Mac 16, 2025 16:39 MYT
Anthony Loke berkata, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan ia adalah kebiasaan. -Bernama
SHAH ALAM: DAP menepis dakwaan kononnya pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot penganjuran Kongres DAP Ke-18 hari ini.
Ringkasan AI
- DAP menepis dakwaan bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot Kongres DAP Ke-18, dengan menyatakan bahawa jemputan hanya diberikan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
- Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menjelaskan bahawa kongres kali ini hanya melibatkan komponen PH, dan ini adalah amalan biasa.
- Loke menegaskan bahawa tiada masalah antara DAP dan BN, dan setiap gabungan politik mengadakan perhimpunan mereka sendiri.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
"Kita lebih kepada perhimpunan dalam PH. Adakala kita jemput (parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan).
"Kongres kali ini kita tidak jemput (BN dan gabungan lain). Konvensyen BN pun hanya jemput parti komponen mereka.
"Kita bukannya ada apa-apa masalah, cuma kadangkala kita hanya membabitkan komponen kita sendiri dan ini amalan biasa.
"Gabungan Parti Sarawak pun adakan himpunan mereka sendiri, BN pun adakan himpunan mereka sendiri," katanya pada sidang media selepas kongres berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.