Kes Liwat II: Penghakiman bertulis tersedia di dalam talian
Astro Awani
Februari 12, 2015 15:59 MYT
Februari 12, 2015 15:59 MYT
Penghakiman bertulis kes liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh dilihat secara dalam talian melalui laman web www.kehakiman.gov.my
Dokumen 54 muka surat menceritakan dengan terperinci tentang kes Mahkamah Persekutuan dan ia boleh dibaca di sini.
Pada 10 Februari, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan hukuman itu sebelum ini disabitkan Anwar untuk meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara dan kini sedang menjalani hukumannya di penjara Sungai Buloh, Selangor.