Kerusi 'terbang', bakar suar cemari program Nothing to Hide 2.0

Astro Awani
Ogos 13, 2017 17:44 MYT
Keadaan kecoh di Dewan Raja Muda Musa (DRMM) hari ini. - Facebook Sinar.TV
SHAH ALAM: Program Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa (DRMM) di sini berakhir kekecohan apabila dilihat beberapa hadirin yang berada di dalam dewan itu membaling kerusi serta membakar suar.
Ia berlaku apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan salah seorang hadirin.
Media difahamkan, Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali terus dibawa keluar daripada dewan tersebut sejurus kejadian tersebut dan berada dalam keadaan selamat.
Program itu bermula pada kira-kira jam 4.10 petang dan berjalan lancar selama lebih sejam sebelum kekecohan itu bermula.
#Nothing To Hide 2 0 #Mahathir Mohamad #kekecohan #politik #penyokong
;