Kerusi PRU15: MUDA Negeri Sembilan terima teguran Rafizi

Rahimah Abdullah
September 7, 2022 23:40 MYT
Rafizi sebelum ini menegur Tarmizi yang mendedahkan sasaran kerusi pada PRU15, selain menegaskan perkara itu sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan bukan didedahkan kepada umum.
KUALA LUMPUR : Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar menerima teguran Rafizi Ramli susulan kenyataannya mengenai sasaran kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau dalam masa sama, bersedia memperbaiki perkara yang dibangkitkan Timbalan Presiden PKR itu.
Tarmizi berkata, apa yang dinyatakan hanya penilaian dan akan tetap melalui proses yang sepatutnya.
"Terima kasih saudara Rafizi. Saya ambil maklum dan akan perbaiki perkara ini.
"Ini hanya penilaian dan belum ditetapkan. Mesti melalui proses sebetulnya," katanya di laman Twitternya pada Rabu.
BACA: Dedah sasaran kerusi PRU15, Rafizi tegur MUDA
Tarmizi turut senada dengan Rafizi bahawa fokus utama adalah melawan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
"Fokus utama lawan BN PN. Itu tidak akan beranjak!" tegasnya.
#Tarmizi Anuwar #muda #Rafizi Ramli #PKR #PRU15
;