Kerusi DUN Nenggiri diisytihar kosong
Astro Awani
Jun 1, 2017 17:17 MYT
Jun 1, 2017 17:17 MYT
Speaker Kelantan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di Gua Musang, kosong.
Menurut laporan beberapa portal berita, ini ekoran penyandang kerusi itu diisytiharkan muflis.
Laporan itu berkata perkara ini disahkan melalui surat yang diterima oleh Datuk Abdullah Ya'kub Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor bertarikh 28 Mei.
Abdullah berkata penasihat undang-undang Negeri Kelantan turut menerima surat yang sama pada 21 Mei.
Beliau berkata pihaknya akan menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Ahad ini bagi memaklumkan perkara itu dan berkata SPR akan memutuskan sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan di kawasan itu.