Kerusi DUN Balakong kekal milik Pakatan Harapan

Arfa Yunus
September 8, 2018 21:14 MYT
Calonnya yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan, Wong Siew Ki mengalahkan calon MCA Tan Chee Teong dengan majoriti 18,533 undi. - Foto fail Bernama
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong kekal menjadi milik Pakatan Harapan.
Calonnya yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan, Wong Siew Ki mengalahkan calon MCA Tan Chee Teong dengan majoriti 18,533 undi.
Pengerusi PRK DUN Balakong Datuk Rosli Othman mengumumkan Siew Ki meraih 22,508 undi manakala Chee Teong hanya meraih 3,975 undi.
"Peratus pengundian berbanding jumlah pengundi (berdaftar 62,219) adalah 43 peratus.
"Dengan ini saya mengisytiharkan Wong Siew Ki daripada parti Pakatan Harapan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi pilihan raya kecil N27 Balakong," katanya dalam sidang media di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah dan Tanah Hulu langat pada Sabtu.
Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee yang meninggal dunia pada 20 Julai lalu dalam kemalangan jalan raya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, Eddie menang besar dengan majoriti 35,538 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Lim Chin Wah serta calon Pas Mohamad Ibrahim Ghazali.
#BALAKONG #DAP #Datuk Rosli Othman #Pakatan Harapan #PRK #SPR #Tan Chee Teong #wong siew ki
;