Kerjasama UMNO-Pas di Perak hanya rakan dalam kerajaan, tidak pada PRU15 - Saarani

Abd Razak Mohd Ali
September 8, 2022 08:21 MYT
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama yang terjalin sekarang adalah sebagai rakan di dalam kerajaan. - Foto BERNAMA
SERI ISKANDAR: UMNO Perak tidak akan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama yang terjalin sekarang adalah sebagai rakan di dalam kerajaan.
"Sebagai rakan dalam kerajaan, kita bekerjasama tetapi untuk pilihan raya, kita pergi sendiri…(jadi itu muktamad Datuk Seri?).. ya muktamad," katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar ditemui selepas merasmikan majlis pecah tanah Pembangunan Fasiliti Kilang Elektrik & Elektronik XP Power (Malaysia) di Tapak Kilang XP Power (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Farmaseutikal, Bandar Seri Iskandar, pada Khamis.
Beliau mengulas mengenai kecelaruan hubungan kerjasama antara UMNO dan Pas di beberapa buah negeri.
Isu kerjasama antara UMNO dan Pas telah menimbulkan pelbagai reaksi.
UMNO Kelantan misalnya telah memutuskan hubungan dengan Pas di negeri itu manakala di Kedah juga, hubungannya nampak dingin.
#Saarani Mohamad #PRU15 #UMNO #PAS