Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pihak kerajaan akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan khidmat kepada rakyat, termasuk di Kemaman tidak akan diabaikan.
"... tetapi penting signalnya di sini nampaknya seperti Pas sangat yakin, dan ada calon Perdana Menteri," katanya ketika ditemui pemberita pada program Run Hack: Scam Alert 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Semalam, Pas mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Ahmad Samsuri memenangi PRK Parlimen itu dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi. - BERNAMA