KUCHING: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik dalam menangani penularan COVID-19 di negara ini.
Sambil menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berasa terkilan apabila Muhyiddin terpaksa berdepan tekanan 'politiking' yang menyebabkan Ahli Parlimen Pagoh itu mengambil keputusan berundur.
Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, GPS menghormati keputusan tersebut, malah ia diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melepaskan jawatan bersama seluruh anggota Kabinet berkuat kuasa hari ini.
"Keputusan yang dibuat oleh beliau adalah berlandaskan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, sebarang projek pembangunan yang telah diluluskan dan dirancang harus diteruskan demi kesejahteraan infra rakyat di negara ini.
“Ia seperti mana kerajaan Perikatan Nasional (PN) meneruskan semua projek yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan sebelum ini.
“Kita tidak seharusnya menjadikan rakyat sebagai mangsa akibat krisis politik berpanjangan dan kekerapan pertukaran kerajaan, apa sahaja projek yang dijanjikan kepada rakyat, ia perlu diteruskan,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Fadillah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri ‘caretaker’ Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui Kementerian Kerja Raya untuk kali kedua sejak 10 Mac 2020.
“Sepanjang menerajui Kementerian Kerja Raya buat kali kedua (10 Mac 2021 – 16 Ogos 2021) dan pada kali pertama (2013 – 2018) saya telah berusaha sedaya upaya saya untuk melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin demi kesejahteraan infra rakyat dan negara,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Aug 16 2021
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik dalam menangani penularan COVID-19 di negara ini. - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
Representasi Sanusi batal dua tuduhan menghasut ditolak
Datuk Masri Mohd Daud berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada pihak pembelaan yang mewakili Sanusi, sebelum ini.
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN tinjau lokasi, akan beri kenyataan insiden
Tan Sri Razarudin Husain hari ini meninjau Balai Polis Ulu Tiram yang terlibat dalam kejadian serangan awal pagi tadi.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Rosni Sohar letak jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam.
Kulasegaran dakwa terima tawaran untuk sokong PN
Tawaran itu dibuat melalui pesanan di aplikasi WhatsApp menerusi telefon setiausahanya, Jeremy Chuah semalam, dakwa Kulasegaran.
Kerajaan dalam kedudukan selamat - Ongkili
Perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kedudukan yang selamat.
UMNO tarik sokongan: Situasi sekarang hampir sama 'Langkah Sheraton' - Penganalisis
Apa yang terjadi adalah keadaan dinamik biasa dalam politik, malah situasi hampir sama pernah dilihat semasa Langkah Sheraton tahun lalu, kata Prof Awang Azman Awang Pawi.
UMNO tarik sokongan: Pas akan adakan mesyuarat tergempar segera - Tuan Ibrahim
Pas akan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.
Kerajaan PN masih sah - Takiyuddin
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih sah mengikut perundangan malah kepimpinan yang menerajui negara berjalan seperti biasa.
UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta - Zahid Hamidi
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya selepas mesyuarat MKT UMNO malam ini.
Ahli UMNO pegang jawatan menteri, timbalan menteri perlu tarik diri serta-merta - Ku Li
Tindakan itu selari dengan cadangan daripada UMNO Bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan untuk memutuskan kerjasama dalam Perikatan Nasional.
Sivarasa dakwa Dr Xavier diberi tekanan untuk lompat parti
Beliau kesal dan sedih dengan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar daripada PKR
Hampir setahun perintah, kerajaan PN lakukan terbaik demi rakyat - MB Terengganu
Selama hampir setahun memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.