Kerajaan PN masih dapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen - Ismail Sabri

Astro Awani
Julai 29, 2021 18:31 MYT
Kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli-ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan hari ini. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 110 Ahli-ahli Parlimen masih memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengesahkan perkara tersebut berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini.
[TERKINI] YDP Agong dukacita pembatalan Darurat dibuat sebelum diperkenan Baginda
"Saya menjunjung akan titah Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada hari ini.
Rangkuman kandungan menarik Mesyuarat Khas Parlimen di Sisi TV Parlimen
"Situasi politik negara pada hari ini dalam keadaan yang tidak stabil yang boleh menjejaskan usaha menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini. BACA LAPOR LANGSUNG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI
Beliau pada sama meminta rakyat untuk sama-sama berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera.
YB Tanjong Karang antara MP kerajaan yang minta sidang ditangguhkan
#Parlimen #ismail sabri yaakob #ketua whip #Sokong Perikatan Nasional #majoriti sokongan #Mesyuarat Khas Parlimen #Dewan Rakyat #Muhyiddin Yassin #Takiyuddin Hassan #Al-Sultan Abdullah
;