Kerajaan PH Kedah tumbang?
Astro Awani
Mei 12, 2020 13:22 MYT
Mei 12, 2020 13:22 MYT
Susulan pengumuman dua wakil rakyat dari PKR sebentar tadi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, hilang majoriti hari ini.
Tindakan ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee itu menyaksikan kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.
Sementara PAS dan UMNO, yang sebelum ini memiliki 17 kerusi (PAS-15, UMNO-2) dijangka menubuhkan kerajaan negeri baharu dengan sokongan dua wakil rakyat tersebut, dengan majoriti mudah 19 kerusi.
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah dari PKR itu mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
#ADUN Lunas
#ADUN Sidam
#Azman Nasrudin
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Kedah
#keluar parti
#kerusi PH dan Bersatu
#PPBM
#Robert Ling Kui Ee
#UMNO