Kerajaan Perpaduan Perak anjur konvensyen hujung Januari
Abd Razak Mohd Ali
Januari 4, 2024 06:15 MYT
Januari 4, 2024 06:15 MYT
IPOH: Kerajaan Perpaduan Perak akan menganjurkan konvensyen pada 28 Januari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurutnya, penganjuran konvensyen itu adalah sempena setahun penubuhan kerajaan tersebut.
Katanya, konvensyen itu akan dihadiri oleh pemimpin daripada semua parti komponen di dalam kerajaan.
“Setelah setahun kita menubuhkan kerajaan bersama, kita melihat semula apa kelemahan dan kelebihan kita.
“Sudah tentu kita kena buat ‘projection’ untuk menjadi kerajaan lebih baik daripada yang telah kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1 2024 di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam.
Saarani berkata, konvensyen tersebut akan diadakan di Hotel Casuarina@Meru.
“Saya akan menyampaikan ucap utama dan ia kemudiannya akan dibahaskan oleh pembahas-bahas,” tambahnya.