Kerajaan perlu bijak tangani kemarahan dan kekecewaan sebilangan rakyat

Astro Awani
Mac 2, 2020 08:00 MYT
RAIS: Kerajaan pimpinan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak menguruskan kekecewaan dan kemarahan dari kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati. -Gambar fail
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bijak menguruskan kekecewaan dan kemarahan dari kumpulan rakyat yang tidak berpuas hati.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Rais Hussin, ini termasuk tidak melantik mana-mana pemimpin yang terlibat dalam kes di Mahkamah ke dalam Kabinet.
"Bagi saya fokusnya patut terarah kepada pertama, bagaimana mengurus kemarahan dari kumpulan yang kecewa.
"Jika tiada sesiapa ingin bercakap mengenainya dan tidak mempedulikannya, perkara ini tidak boleh diterima," kata beliau.
Dr Rais berkata demikian ketika dalam sesi temu bual Consider This pada Ahad malam.
#Consider This #Muhyiddin Yassin #Parti Pribumi Bersatu Malaysia #Perikatan Nasional #politik #PPBM #Rais Hussin
;