Keputusan terima UPP dalam GPS belum diputuskan
Rohana Wahed
Disember 8, 2018 23:06 MYT
Disember 8, 2018 23:06 MYT
Status Parti Rakyat Bersatu (UPP) di dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih belum ditentukan.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya akan memaklumkan keputusan berhubung perkara itu kemudian.
Abang Johari berkata, apa yang pasti, keputusan akan dibuat selepas mengambil kira persetujuan komponen sedia ada di dalam GPS.
"Buat masa ini, sama ada GPS akan diteriam masuk UPP, saya akan beritahu kemudian," katanya.
Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Luar Biasa Delegasi UPP di Kuching pada Sabtu.
GPS kini disertai PBB, SUPP, PRS dan PDP.