Keputusan PRK DUN Rantau diketahui sebelum jam 10 malam esok

Rahimah Abdullah, Sahlizah Mohamed
April 12, 2019 13:25 MYT
Kempen 14 hari juga berjalan lancar walaupun terdapat laporan-laporan melibatkan parti bertanding kepada SPR. - Gambar fail
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau akan diketahui sebelum jam 10 malam esok, ujar Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.
Tempoh pengumuman itu mungkin sedikit awal seperti PRK yang pernah dijalankan sebelum ini.
“Keputusan mungkin sebelum 10 malam dan harap ia sedikit awal seperti PRK Cameron Highlands dan Semenyih sebelum ini,” ujar beliau.
Pada masa sama, beliau menjelaskan, kempen 14 hari juga berjalan lancar walaupun terdapat laporan-laporan melibatkan parti bertanding kepada SPR.
“Kempen berjalan lancar tetapi seperti biasa ada tuduhan kedua-dua pihak, ada pihak A salahkan pihak B, pihak B salahkan pihak A.
“Namun, kempen berjalan aman dan lancar. Kali ni tiada hate speech seperti dulu, nampak satu improvement dari segi itu,” katanya dalam sidang media selepas melawat proses semakan akhir isi peti undi dan agihan peralatan kepada ketua-ketua pusat mengundi di Pusat Penjumlahan rasmi undi di Dewan Serbaguna SJKC Bandar Sri Sendayan.
Beliau pada masa sama melihat tinjauan di proses pengagihan peralatan di pusat penjumlahan itu akan memastikan hari pengundian dapat diadakan dengan baik pada Sabtu.
#Azhar Azizan Harun #DUN Rantau #keputusan prk #pilihan raya kecil #PRK #prk rantau #SPRM
;