Keputusan pemimpin UMNO keluar PN akan dimuktamadkan malam esok?

Fareez Azman
Januari 5, 2021 16:08 MYT
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi gambaran bahawa sebarang keputusan pemimpin UMNO keluar dari Kerajaan Perikatan Nasional akan ditentukan esok dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi gambaran bahawa sebarang keputusan pemimpin UMNO keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan esok dalam Mesyuarat Kerja Tertinggi UMNO.
Menurut Ahmad Maslan, dakwaan yang kononnya dibuat oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid itu, hanyalah laporan.
“Itu hanya laporan (media). Apa-apa yang kita bincang tadi, kita akan bawa ke Majlis Kerja Tertinggi. Jadi, keputusan muktamad, apa juga akan dibincangkan MKT esok malam,” katanya.
BACA: Ahmad Jazlan sedia lepas jawatan, tidak mahu kerjasama dengan PN
BACA: 147 UMNO Bahagian tolak kerjasama dengan Bersatu - Ahmad Maslan
BACA: PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri - Hamzah Zainudin
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perincian perkara terbabit kepada media.
BACA: Perjumpaan 191 bahagian UMNO bersama Zahid. Apa intipati perjumpaan?
Terdahulu memetik sumber dalaman UMNO, Ahmad Zahid dikatakan telah meminta Ahli Parlimen parti itu melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum Februari depan bagi memberikan laluan kepada pilihan raya umum (PRU).
Bagaimanapun, media UMNO menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah.
#Ahmad Maslan #UMNO #GLC #pilihan raya umum #PRU-15 #presiden #timbalan presiden #Ketua UMNO Bahagian #Ahmad Zahid Hamidi #kerajaan #Perikatan Nasional #PN
;