Kepimpinan baharu UMNO tak kuat, ahli jadi goyang - Anwar Ibrahim
Astro Awani
September 19, 2018 19:42 MYT
September 19, 2018 19:42 MYT
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gelombang keluar parti yang melanda UMNO menyerlahkan kelemahan kepimpinan baharu parti itu.
Tegas Anwar, UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang mempunyai sejarah panjang dalam pembinaan negara seharusnya tampil dengan wajah serta paradigma baharu perjuangan.
"Ternyata pimpinan baru UMNO tidak begitu kuat untuk membawa wajah baru UMNO sehingga ahli-ahli nampak goyang,” kata Anwar ketika ditemubual dalam program mingguan AI.
Langkah keluar parti oleh tokoh-tokoh besar dalam parti itu disifatkan sebagai hak pemimpin tersebut.
"Saya tidak mereka (ahli-ahli UMNO yang keluar parti) harus berasa tertekan atau terugut untuk keluar parti, itu keputusan dan kebijaksanaan masing-masing," tegas Anwar.
Bual bicara mingguan eksklusif bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim disiarkan setiap Khamis, pukul 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI.
#AI
#Anwar Ibrahim
#berita hari ini
#Berita Terkini
#Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
#Gelombang Keluar UMNO
#isu semasa
#Terkini Malaysia
#UMNO