Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO

Bernama
Mei 12, 2024 05:10 MYT
Kenyataan palsu itu turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat.
KUALA LUMPUR: Kenyataan tular antara lain mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Perkara itu disahkan Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan, merujuk kepada kenyataan media bertarikh 12 Mei 2024, yang kononnya dikeluarkan atas nama Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kenyataan palsu itu yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO, turut menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Singapura yang menunjukkan kemajuan pesat dengan tidak lagi terlalu fokus kepada kepentingan satu kaum tertentu.
-- BERNAMA
#kenyataan media UMNO #Tular #Zahid Hamidi #keutamaan kaum Melayu #UMNO #kenyataan palsu #Singapura