Kenyataan Anwar mungkin beri impak di kerusi PKR - Foong Hin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
September 23, 2020 15:58 MYT
September 23, 2020 15:58 MYT
Fokus utama sekarang ini adalah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, manakala isu menubuhkan kerajaan adalah perkara kedua.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin bagaimanapun berkata, pengumuman yang dibuat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan memberi impak di kawasan yang ditandingi parti itu pada PRN Sabah ini.
"Memenangi pilihan raya Sabah adalah keutamaan di negeri ini dan pengumuman oleh Anwar adalah perkara kedua.
"Pengumuman itu mungkin akan beri kesan di kerusi kawasan bandar dan saya tidak fikir ia akan mempengaruhi kawasan luar bandar di Sabah.
"Walau apapun, saya pasti ia tidak menjejaskan momentum calon-calon yang bertanding dengan tiket Warisan Plus," katanya dalam kenyataan yang diberikan kepada Astro AWANI pada Rabu.
Anwar dalam sidang media tergempar hari ini mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
Beliau mendakwa pada saat ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
#Anwar Ibrahim
#chan foong hin
#pengundi
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#PKR
#Politik Malaysia
#PRN Sabah