KUALA LUMPUR:Kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengekalkan keputusan tiada kerjasama bersama PKR dan DAP diharap menutup semua spekulasi serta cakap-cakap tentang hala tuju UMNO dalam mendepani isu politik semasa.
Bekas Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad menegaskan, Presiden UMNO itu juga sekali gus menjelaskan isu sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Dalam hal ini kita semua harus menghormati pendirian UMNO dan kita harus memberikan ruang seluas-luasnya kepada Ahmad Zahid untuk beliau memainkan peranan seberkesan mungkin dalam usaha membantu kerajaan semasa.
"Sudah jelas lagi bersuluh, UMNO pimpinan Ahmad Zahid melihat kepada kepentingan masa depan rakyat dan negara yang lebih baik berbanding terus berpolemik dengan isu-isu politik yang merugikan rakyat.
"Kocakan politik yang berlaku seketika baru-baru ini harus dikesampingkan dan kita semua perlu menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar rakyat didahulukan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
BACA: Gadai prinsip UMNO jika kerjasama dengan Anwar, DAP - Annuar Musa
BACA: UMNO terus sokong kerajaan PN, saran agar Rekonsiliasi Nasional segera dilaksanakan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Isnin mengambil keputusan akan terus mendukung kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu iaitu menjalin kerjasama tanpa PKR dan DAP.
Dalam pada itu, Ahmad Masrizal berkata, Ahmad Zahid mempunyai pasukan yang besar, kuat dan berpengalaman dalam kerajaan PN.
"Sama ada kita suka atau tidak, hakikatnya pastilah beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam mencorakkan senario politik negara.
"Kita semua juga perlu menjunjung tinggi tanpa sebarang soal akan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang perlu dihayati oleh semua pihak demi sebuah negara bangsa yang terbaik," jelasnya.
BACA: Tiada keperluan isytihar darurat - Istana Negara
Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli UMNO supaya tidak menggadai prinsip asas parti tersebut, sambil menegaskan kepentingan istiqamah dalam perjuangan parti.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya, Annuar menegaskan UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, sebaliknya merupakan satu wadah perjuangan.
Astro Awani
Tue Oct 27 2020

Ahmad Masrizal berkata, Ahmad Zahid mempunyai pasukan yang besar, kuat dan berpengalaman dalam kerajaan PN. - Gambar KASA

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.