'Kenapa KJ, kenapa jadi macam ni?' - Papa Gomo

Haider Yutim
September 6, 2018 07:12 MYT
WAN MUHAMMAD: Kenyataan KJ beberapa minggu ni agak pelik. - Gambar fail
Kecewa dengan ‘perubahan’ yang melanda Khairy Jamaluddin, Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris malam tadi telah membuat sesi Facebook Live bertajuk, ‘Why, KJ’ (Kenapa, KJ?).
Video berdurasi 52:06 minit itu memaparkan Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo mempersoalkan tindakan bekas Ketua Pemua UMNO itu yang dilihatnya telah menyimpang.
“Kenyataan KJ beberapa minggu ni agak pelik… tak tahu kenapa. Saya pun terfikir juga kenapa macam ni,” katanya dalam sesi tersebut.
Selain itu, Wan Muhammad turut mengingatkan Khairy supaya sedar dan kembali ke pangkal jalan.

Why @Khairykj ? Kenapa jadi macam ni? https://t.co/zQ0f6oF7Og

— PEMBANGKANG (@Sir_Azri) September 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau telah meminta, Wan Muhammad supaya diam sahaja dan tidak bercakap mengenai isu hukuman sebat.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menerusi akaun Twitternya semalam membalas kenyataan Wan Muhammad yang juga dibuat di Twitter berhubung isu berkenaan.
“Gomo, anda patut diam sahaja. Perkara seperti ini di luar jangkauan anda untuk memahaminya,” tulis Khairy.
BACA: Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam
BACA: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai
Isnin lalu, dua wanita itu telah dihukum sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 1.50 tengah hari 8 April lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Isu tersebut mendapat perhatian orang ramai serta menimbulkan perdebatan pelbagai pihak.
#Facebook Live #hukuman sebat #isu sebat #Khairy Jamaluddin #lesbian #LGBT #Papa Gomo #Papagomo #Pemuda UMNO #sebat syariah #Wan Muhammad Azri Wan Deris
;