Kenapa Anwar tidak akan ambil alih jawatan PM secepat mungkin? Ini jawapannya

Astro Awani
Mei 17, 2018 05:55 MYT
Menurut Wan Azizah, pendirian itu menberi peluang kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan keadaan dan pentadbiran negara. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan ada hikmah di sebalik pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil alih jawatan perdana menteri secepat mungkin.
Menurut Wan Azizah, pendirian itu menberi peluang kepada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan keadaan dan pentadbiran negara.
"Ada hikmahnya dia (Anwar) tidak mengambil alih secepat mungkin.
"Ia memberi ruang dan peluang kepada Tun Dr Mahathir memperbetulkan apa yang berlaku sebelumnya.
"Dia pernah menjadi PM selama 22 tahun dan mengetahui selok-belok menangani masalah," kata Presiden PKR itu yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam Kabinet baharu yang dijangka ditubuhkan pada Isnin.
Wan Azizah berucap selepas mengadakan majlis berbuka puasa dan solat terawih bersama NGO-NGO Islam di kediamannya di Segambut malam tadi.
#Anwar Ibrahim #Dr Wan Azizah Wan Ismail #Mahathir Mohamad #Malaysia Baharu #Perdana Menteri #PKR #Ramadan #Timbalan Perdana Menteri
;