Kemenangan wakil Kerajaan Perpaduan bukti kerjasama erat, dapat kepercayaan rakyat - Loke

Bernama
Mei 11, 2024 23:10 MYT
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang meyakinkan dan selesa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kemenangan Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu membuktikan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan kukuh dan mendapat kepercayaan rakyat.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang meyakinkan dan selesa.
Beliau berkata kemenangan itu turut membuktikan kerjasama antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan amat kukuh dan menyerlah sepanjang tempoh berkempen.
"Kemenangan ini amat meyakinkan kerana kita dapat mengekalkan sokongan (pengundi) di situ serta terdapat pertambahan sokongan pelbagai kaum dan masyarakat.
"Ini satu kemenangan manis buat Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan 25 Tahun PKR di Depot Sentul di sini malam ini.
#PRK KKB #kuala kubu bhaharu #Kerajaan Perpaduan #Pang Sock Tao #Anthony Loke
;