Kemenangan ini untuk rakyat Malaysia - Saifuddin Nasution
Zaim Ibrahim
Mei 11, 2018 19:07 MYT
Mei 11, 2018 19:07 MYT
Kemenangan kem Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukan sekadar kemenangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malah kemenangan rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemenangan itu ternyata menggembirakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bagi gerakan reformasi, kita menunggu saat ini selama 20 tahun.
“Tetapi bagi rakyat Malaysia, saat ini ditunggu-tunggu selama 60 tahun selepas negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN),” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu diketika ditemui pemberita di perkarangan Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.
Beliau turut menjelaskan, Anwar sering mengambil berat tentang masalah dan perjalanan partinya bagi memastikan kemenangan pada PRU14.
Sementara itu, tambah beliau, partinya akan meletakkan calon terbaik bagi jawatan menteri dalam Kabinet sebagaimana harapan yang tinggi diletakkan oleh rakyat.