Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu dengan majoriti yang besar adalah di luar jangkaan, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.
Bagaimanapun, beliau berkata ia adalah kemenangan yang sangat manis kerana sasaran untuk menjadikan kedua-dua calon parti pembangkang hilang wang deposit tercapai.
"Kita memang sudah menjangka kemenangan calon kita tetapi kita tidak menjangka kemenangan bergaya dengan majoriti yang sangat besar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kediaman Jamilah 'Damai Jaya' di sini malam ini selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu malam ini.
Jamilah memperoleh 6,572 undi mengalahkan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Rapelson Richard Hamit yang mendapat 130 undi, manakala calon Parti Reformasi Sarawak (Star) Johnny Bob Aput mendapat 108 undi. Kedua-duanya hilang wang deposit.
Abang Johari berkata kemenangan itu juga merupakan pernyataan sokongan rakyat terhadap jasa dan perjuangan bekas ketua menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
"Sekarang kita sudah melahirkan seorang tokoh politik baharu di Tanjong Datu yang mempunyai pengalaman sangat luas yang saya yakin mampu untuk menyambung legasi arwah suami beliau," katanya.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas sokongan dan usaha beliau untuk bersama-sama membangunkan kawasan Tanjong Datu.
"Persefahaman antara Petra Jaya dan Putrajaya sudah tentu akan membawa banyak manfaat kepada Sarawak dan seluruh rakyatnya," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada semua rakan komponen BN yang telah bersama-sama berkempen untuk memastikan kemenangan bergaya calon BN pada PRK itu.
Sementara itu, Jamilah yang kelihatan begitu gembira, menyifatkan kemenangan besarnya itu sebagai hadiah ulang tahun ke-37 perkahwinan beliau dan Allahyarham Adenan yang lazimnya disambut pada 14 Feb selain ulang tahun kelahiran Adenan pada 27 Jan lalu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan seluruh rakyat di DUN Tajong Datu kerana memilih beliau sebagai ADUN baharu kawasan itu, Jamilah memohon maaf kerana tidak dapat bertemu dengan mereka sepanjang tempoh berkempen kerana masih dalam edah.
Katanya apabila habis tempoh edah, beliau pasti akan turun padang untuk bertemu pengundi di DUN Tanjong Datu serta menjalankan tanggjungjawab beliau sebagai wakil rakyat kawasan itu.
"Saya akan bekerja keras sebagai wakil rakyat dan memastikan janji-janji yang dibuat semasa kempen dilaksanakan. Saya juga berjanji akan bekerjasama dengan ketua menteri serta rakan-rakan dalam BN," katanya.
Sementara itu, ketika ditemui media selepas pengumuman keputusan itu di Dewan Masyarakat Lundu, Azizul Annuar, anak bongsu Adenan dan Jamilah, berkata para pengundi menterjemahkan penghargaan mereka terhadap jasa Adenan menerusi keputusan PRK DUN Tanjong Datu yang diumumkan malam ini.
"Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada penduduk-penduduk di kawasan Tanjong Datu kerana masih memberi kepercayaan kepada calon BN iaitu mak saya Tok Milah (Jamilah). Saya percaya mereka telah membuat keputusan yang betul," katanya.
Menyifatkan tempoh kempen yang dilaluinya sangat berbaloi, Azizul berkata beliau akan terus turun padang sementara ibunya masih dalam edah, malahan menyatakan komitmennya tidak akan berhenti setakat itu sahaja.
"Saya sudah tentu akan turun padang membantu beliau (Jamilah) kerana beliau hanya habis edah selepas Mei ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017

ABANG JOHARI: Kemenangan calon BN Datuk Amar Jamilah Anu dengan majoriti yang besar adalah di luar jangkaan. - Gambar fail

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

RM10 juta untuk aplikasi pautan digital hospital di Sarawak - Abang Johari
Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM10 juta untuk memasang aplikasi pautan digital di semua hospital kerajaan di negeri itu.

Abang Johari beri jaminan tutup episod tebuk atap, kata PM
Perdana Menteri berkata, Abang Johari turut mengulangi pendirian tegas dan tidak akan bertolak ansur untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Abang Johari nafi anaknya mahu ambil alih MYAirline
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo
Kerajaan negeri komited dalam mencapai matlamat ke arah penggunaan ekonomi digital, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak tawar tapak pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia
Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menawarkan tapak bagi lokasi membangunkan pos kawalan sempadan Malaysia-Indonesia di negeri itu.

Bantuan Aidilfitri, bonus penjawat awam Sarawak hanya pada hujung tahun - Abang Jo
Kerajaan Sarawak hanya akan memberikan bantuan kewangan atau bonus kepada penjawat awam negeri itu pada hujung tahun, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak tunggu lesen untuk mulakan operasi syarikat penerbangan butik
Sarawak sedang menunggu kelulusan lesen daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi membolehkan syarikat penerbangan komersil milik penuh kerajaan negeri itu

Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sarawak serah pada PM tentukan bila PRU15 sesuai diadakan - Abang Johari
Sarawak tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen dibubarkan, kata Premier Sarawak.

Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii.