Kemelut Perlis beri gambaran buruk kepada UMNO - Khairy
Firdaus Azil
Jun 1, 2018 20:53 MYT
Jun 1, 2018 20:53 MYT
Pemuda UMNO berharap kemelut yang melanda pentadbiran Perlis tidak berlarutan, dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik, kata ketuanya Khairy Jamaluddin.
Ujar ahli Parlimen Rembau itu, sekiranya tidak ditangani dengan betul, ia akan memberi gambaran yang baik kepada parti, sama ada dari segi keputusan, mahupun penerimaan UMNO itu sendiri terhadap keputusan yang dibuat oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
“Bagaimana kita menangani pandangan dari istana, dan semangat demokrasi itu sendiri yg mana secara biasanya siapa yg punyai keyakinan majoriti dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) harus diiktiraf. Namun demikian kita ada satu keadaan yang mana tidak ada sokongan dari pihak Barisan Nasional Perlis, kepada perlantikan Datuk Seri Azlan Man (sebagai Menteri Besar).
“Jadi saya harap perkara ini dapat selesaikan dgan cepat, dan satu cadangan kita bagi pihak Pemuda, ialah untuk cari seorang calon bagi Menteri Besar, yang dipersetujui antara BN Perlis dan yang mendapat perkenaan daripada Tuanku Raja Perlis,” katanya kepada media sewaktu Majlis Berbuka Puasa anjuran Sayap Pemuda UMNO, di sini hari ini.
Khairy berkata, perkara ini perlu diatasi secepat mungkin bagi melancarkan pentadbiran Perlis, dan ianya hanya dapat dijalankan sekiranya kesemua perkara ini dibawa ke meja rundingan, mencari kata sepakat, berbekalkan iltizam politik.
Walaupun BN memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri, sekaligus melayakkan mereka membentuk kerajaan negeri, isu siapa sepatutnya menjadi Menteri Besar masih berlarutan memandangkan perlantikan Azlan tidak mendapat sokongan BN Perlis.
Baru-baru ini, BN Perlis bercadang untuk menghantar semula nama 11 wakil rakyat parti itu termasuk pengerusinya Datuk Seri Shahidan Kassim kepada Raja Perlis untuk dipertimbang
#Azlan Man
#Barisan Nasional
#kerajaan
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Besar
#Parlimen
#pemuda
#Pemuda UMNO
#Perlis
#Raja Perlis
#Shahidan Kassim
#Zahidi Zainul Abidin