Bagi Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, keluarga menjadi keutamaan beliau.
Keprihatinannya terhadap keluarga, menyebabkan beliau terpaksa melupakan pelajarannya.
Selepas membantu bapanya menguruskan perniagaan, beliau memikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga pula selepas bapanya meninggal dunia.
Ahmad Bashah terpaksa mengorbankan pelajarannya dan bekerja bagi menyara keluarga dan membesarkan tiga orang adiknya, dua perempuan dan seorang lelaki, bagi memastikan mereka dapat menyambung pengajian di universiti.
"Saya sekolahkan adik sampai semua masuk universiti termasuk ada di luar negara. Saya akui saya (belajar setakat) sekolah menengah aja. Bapa meninggal waktu umur saya 22 tahun. Saya terpaksa menguruskan perniagaan yang ditinggalkan bapa saya. Saya anak nombor dua, yang pertama lelaki," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.
"Biar depa selesai dulu, saya tanggung. Saya tak fikirkan tentang saya. Saya tunggu kakak dan adik-adik kahwin, baru saya kahwin," katanya.
Dalam masa yang sama sejak berumur lingkungan 20-an, beliau berjinak-jinak dengan politik kerana mahu berbakti kepada masyarakat.
Pendirian Ahmad Bashah mudah. Beliau tidak melihat kekurangan dalam pendidikan tinggi sebagai halangan untuk mencapai kejayaan. Bagi beliau, pengalaman dalam kehidupan ada kelebihannya.
"Saya jadi wakil rakyat lima penggal sejak 1995 (ADUN Bakar Bata). Saya dah mula aktif dalam politik sejak umur 20-an kerana mahu berbakti kepada masyarakat. Ini semua pengalaman bernilai untuk saya dalam menjadi pemimpin, dan saya melihatnya sebagai kelebihan.
"Saya yakin pengalaman saya sebagai Exco dua penggal dan menjadi Timbalan Menteri Persekutuan kira-kira dua setengah tahun sejak 2013 hingga saya melepaskan jawatan itu pada 3 Feb akan membantu saya sebagai Menteri Besar," katanya.
Semalam, Ahmad Bashah, 66, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di Istana Anak Bukit di sini.
Sejak 20 Jan lalu, nama Ahmad Bashah menjadi tajuk perbualan banyak pihak terutama dalam kalangan pengguna media sosial gara-gara tindakannya mengetuai hampir keseluruhan kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan mereka terhadap kepimpin Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai menteri besar dan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Banyak komen dalam media sosial bersifat negatif, yang menyentuh mengenai tahap pendidikan beliau dan dianggap tidak cerdik untuk memimpin pentadbiran negeri. Serangan itu masih berterusan selepas pelantikannya sebagai menteri besar.
Di sebalik ketenangan dan senyuman beliau bertemu dengan orang ramai, ada rasa terkilan di hati dengan serangan terhadap beliau dalam media sosial terutama yang membangkitkan mengenai peribadi dan tahap akademik beliau.
"Saya dah biasa asam garam politik, tetapi anak-anak saya kadang-kadang tidak boleh menerimanya. Saya hanya nasihatkan mereka bersabar, dan terima sajalah," katanya.
Dalam mengharungi dunia politik, beliau menerima sokongan yang kuat daripada isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad, 56, dan anak-anak perempuan mereka Anis Hafina, 34, Amira Hazwani, 29, Aliya Hanani, 28, dan Azira Hafizah, 25.
"Alhamdulillah, anak-anak saya semua masuk universiti. Saya yang tak dapat (masuk universiti), sebab tok wan (datuk) mereka meninggal dunia sewaktu umur 52 tahun," katanya.
Bernama
Fri Feb 05 2016
Di sebalik ketenangan dan senyuman beliau bertemu dengan orang ramai, ada rasa terkilan di hati dengan serangan terhadap beliau dalam media sosial. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.