Keluar UMNO? Jangan percaya, kata Idris Jusoh

Bernama
Disember 15, 2018 11:58 MYT
Idris (gambar) diuar-uarkan akan mengikut jejak Rosol yang kini menjadi wakil rakyat Bebas. - Gambar fail
"Jangan percaya", demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar UMNO.
Kenyataan Anggota Parlimen Besut itu dimaklumkan kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp setelah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang berbuat demikian pada Jumaat dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.
Bagaimanapun, Rosol berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan telah menghantar permohonan menyertai parti itu sehari sebelum keluar UMNO.
BACA: 'Tinggalkan UMNO sebab elak mudarat lebih besar' - Rosol
Dengan keputusan Rosol menjadi wakil rakyat Bebas, kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) di Terengganu kini tinggal satu kerusi iaitu di Parlimen yang diwakili Idris.
-- BERNAMA
#Barisan Nasional #Bersatu #Besut #Idris Jusoh #keluar parti #Parlimen #PPBM #Rosol Wahid #UMNO #wakil rakyat Bebas #WhatsApp
;