Kehadiran dua pemimpin negara bukti Kelantan tidak diketepikan

Muhafandi Muhamad
Ogos 22, 2016 17:48 MYT
Ahmad Jazlan menjelaskan, Kelantan menerima limpahan pembangunan antara tertinggi berbanding negeri yang dikuasai BN. - Gambar fail
Kehadiran dua pemimpin negara, Perdana Menteri dan Tmbalannya ke Kelantan bukannya satu petanda Pilihanraya Umum ke-14 semakin hampir.
Sebaliknya, menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, kehadiran dua pemimpin negara ke negeri tersebut memberi gambaran Kelantan tidak dipinggirkan.
Menurut Ahmad Jazlan, UMNO Kelantan sentiasa bersedia sekiranya PRU-14 diadakan lebih awal.
“Bagi kita pilihanraya umum bulan Mei, 2018. Walau bagaimanapun, saya tegaskan di sini kalau ada pilihan raya kemungkinan diadakan lebih awal maka UMNO Kelantan sentiasa bersedia untuk PRU kali ini yang kami anggap jauh lebih mencabar dari PRU yang lepas," katanya.
Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjelaskan Kelantan menerima antara limpahan pembangunan tertinggi berbanding negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN).
Projek jalan raya, lebuh raya, pembinaan hospital di Kuala Krai, universiti dan sebagainya antara bukti Kelantan turut menerima limpahan projek pembangunan.
#Ahmad Jazlan Yaakob #Mustapha Mohamed. #Najib Razak #UMNO Kelantan
;