Keahlian 3.35 juta, UMNO kekal parti politik Melayu terbesar
Bernama
Mac 28, 2021 12:13 MYT
Mac 28, 2021 12:13 MYT
KUALA LUMPUR: UMNO merekodkan jumlah keahlian kira-kira 3.35 juta orang membabitkan 21,883 cawangan di seluruh negara hingga Jumaat lalu (26 Mac), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 127,214 orang merupakan ahli baharu yang penyertaannya direkodkan bagi tempoh 9 Mei 2018 hingga 26 Mac lepas.
''Sabah mencatatkan keahlian tertinggi dengan 583,979 ahli, diikuti Johor ( 451,778), Selangor (421,899) dan Kedah iaitu 300,589 ahli.
''Ini menjadikan UMNO masih kekal sebagai parti politik yang terbesar dengan bilangan ahli paling ramai di Malaysia,'' katanya ketika membentangkan Penyata Tahunan parti itu 2019/2020 pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Beliau turut menyeru supaya barisan kepimpinan dan ahli UMNO aktif memanfaatkan media sosial memandangkan medium itu dijangka mengambil tempat media tradisional sebagai saluran utama penyebaran maklumat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
-- BERNAMA
#Ahmad Maslan
#UMNO
#Perhimpunan Agung UMNO 2020
#PAU2020
#Pusat Dagangan Dunia
#WTC
#Pilihan Raya Umum ke-15
#PRU15