ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor akan memperjuangkan projek keutamaan rakyat negeri itu yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu berkata ini kerana projek-projek keutamaan berkenaan akan memberikan limpahan ekonomi kepada Johor dan menjadi tanggungjawab Ahli-Ahli Parlimen untuk membawa suara hati Bangsa Johor ke Dewan Rakyat dan kerajaan Persekutuan.
"Mengenai pembentukan kaukus yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Perling (Liew Chin Tong) dan Yang Berhormat Benut (Datuk Seri Hasni Mohammad), saya menyerahkannya kepada kebijaksanaan Ahli-Ahli Parlimen dari Johor.
"Saya memohon dan merayu kepada semua Ahli-Ahli Parlimen dari negeri Johor untuk terus memperjuangkan projek-projek keutamaan rakyat negeri yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan.
"Marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga dan ikhtiar bagi menjayakan inisiatif dan dasar kerajaan Persekutuan yang boleh mensejahterakan Bangsa Johor," katanya dalam ucapan penggulungan Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
Antara projek keutamaan rakyat negeri termasuk pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya Utara Selatan antara Yong Peng Utara hingga Senai Utara, projek pelebaran Lebuhraya Senai- Desaru Expressway, pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor Bahru dan projek-projek bekalan air negeri.
Selain itu, rancangan-rancangan tebatan banjir, sekolah-sekolah rendah dan menengah yang perlu dinaik taraf, kualiti pendidikan negeri dan negara, insentif untuk pelabur terus melabur di Johor, perluasan kadar penembusan jalur lebar, Sistem Transit Rapid (RTS) serta mengembalikan kereta api berkelajuan tinggi (HSR), tambah beliau.
Pada 4 Dis lepas, Liew (DAP-Perling) ketika membahaskan Belanjawan 2023, mencadangkan kepada Hasni (BN-Benut) bahawa satu Kaukus Ahli-Ahli Parlimen Johor perlu ditubuhkan melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH.
Hasni kemudian dilapor berkata kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH Johor mampu memacu pembangunan Johor menjadi sebuah negeri yang maju.
Sementara itu, berhubung isu jalan raya, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM694 juta untuk menyelenggara, membina dan menaik taraf kemudahan itu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.
"Sebanyak RM150 juta bagi menyelenggara jalan negeri di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya, RM300 juta bagi menyelenggara jalan pihak berkuasa tempatan, RM170 juta bagi menyelenggara jalan-jalan kampung di bawah seliaan pejabat daerah, RM24 juta bagi jalan pertanian oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Johor dan RM50 juta bagi membina dan menaik taraf jalan-jalan kampung," katanya.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata bagi menghargai kepimpinan dan peranan Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat, kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun mereka sebanyak RM300 daripada RM900 kepada RM1,200 sebulan.
Beliau berkata kerajaan Johor juga berharap agar kerajaan Persekutuan menyambut baik inisiatif berkenaan seterusnya menambah sekurang-kurangnya RM300 lagi bagi menjadikan elaun Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat meningkat kepada RM1,500 sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 11 2022

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap kaukus melibatkan 24 Ahli Parlimen BN dan PH Johor akan memperjuangkan projek keutamaan rakyat negeri itu yang melibatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Khamis – 20 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hong Kong permudah kemasukan pelawat ASEAN
Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee pada Selasa mengumumkan pelaksanaan rasmi program yang memudahkan kemasukan pelawat khas dari 10 negara anggota ASEAN.

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung.

RUU Akta Pendidikan fokus advokasi, tindakan undang-undang langkah terakhir - Fadhlina
Ia akan memberi tumpuan kepada advokasi dan kesedaran bagi memastikan kehadiran pelajar ke sekolah.

Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu
Ketiga-tiga suspek ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.

Kabinet bersetuju dengan terma, syarat perjanjian pencarian bangkai pesawat MH370
Dengan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan akan mewakili kerajaan bagi menandatangani perjanjian pencarian dengan Ocean Infinity.
Consider This: DAP CEC Election (Part 2) — Third-Gen Leadership Takes the Stage
DAP’s new leadership lineup comes at a crucial time—not just for the party, but for the unity government it is part of. Following last Sunday's Central Executive Committee elections, Gobind Singh Deo is DAP’s national chairperson and Anthony Loke was re-elected secretary-general, while Lim Guan Eng transitions into the role of party advisor. What does this mean for the party’s future direction? Can DAP overcome its factional struggles? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with James Chin, Professor of Asian Studies at University of Tasmania in Australia.

Maritim Malaysia atur gerak lapan aset pada perayaan, kerjasama dengan Filipina
Maritim Malaysia juga bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam memperkukuh lagi kawalan keselamatan.
Consider This: DAP CEC Election (Part 1) — Third-Gen Leadership Takes the Stage
DAP’s new leadership lineup comes at a crucial time—not just for the party, but for the unity government it is part of. Following last Sunday's Central Executive Committee elections, Gobind Singh Deo is DAP’s national chairperson and Anthony Loke was re-elected secretary-general, while Lim Guan Eng transitions into the role of party advisor. What does this mean for the party’s future direction? Can DAP overcome its factional struggles? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He has previously served as the Deputy Minister of International Trade and Industry, and was a two-term DAP Member of Parliament.
AWANI Tonight 19 March 2025
AWANI Tonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Russia, Ukraine reported drone attacks after limited truce reached
2. 2024 warmest on record, according to World Meteorological Organisation
1. Russia, Ukraine reported drone attacks after limited truce reached
2. 2024 warmest on record, according to World Meteorological Organisation

Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.