Kami tetap sokong sesiapa pun calon BN - Penduduk DUN Kuala Perlis
Adie Sufian Zulkefli
April 27, 2018 18:24 MYT
April 27, 2018 18:24 MYT
Walaupun terdapat kontroversi berkaitan pemilihan calon Dewan Undangan Neger (DUN) Kuala Perlis yang mana penyokong Datuk Azhar Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar, naik berang selepas tidak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.
Astro AWANI cuba mendekati pengundi di DUN tersebut bagi menilai sentimen terutama dalam kalangan penyokong tegar BN.
Bagi Salmah Jusoh, 60, siapapun yang diletakkan sebagai calon, dia tetap akan menyokong kerana dia mengikuti seruan Azhar supaya semua pengundi meneruskan sokongan kepada BN.
"Nak buat macam mana dah letak calon tu kalau mereka boleh tukar lebih baik tukar ambil yang muda. Kalau sudah tidak mau tukar terpulanglah tapi perjuangan makcik demi parti, bangsa dan agama terus tetap menyokong Barisan Nasional (BN)," katanya ketika ditemui hari ini.
Bagi Mat Isa Mohamad, 74, calon muka baharu yang ditempatkan di DUN tersebut perlu ikhlas berkhidmat dan mendengar suara dan kemahuan penduduk.
"Kalau dia (calon baharu) sudah berjanji nak bagi kat kami kemudahan contoh, dia perlu laksanakan," katanya.
Semalam Azhar meminta semua penyokongnya menerima hakikat bahawa beliau tidak menjadi calon untuk penggal akan datang (PRU14).
Beliau juga turut menyeru semua pengundi BN di DUN itu untuk terus memberi sokongan kepada siapa sahaja calon sebagai pengganti beliau.
#Azhar Ahmad
#BN
#calon
#DUN
#Kangar
#Kuala Perlis
#MalaysiaMemilih
#pengundi
#PRU14
#sokong
#tinjauan