Kajian IDE: Majoriti responden pilih letak jawatan, bubar Parlimen
Astro Awani
Mac 2, 2021 14:43 MYT
Mac 2, 2021 14:43 MYT
KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada kalangan rakyat Malaysia mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan kerana telah kehilangan majoriti.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara dalam talian pada 19 hingga 28 Februari 2021 yang melibatkan 8,352 mendapati 29 peratus mahu parlimen segera dibubarkan bagi memberi peluang untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
IDE membuat kajian ini untuk mengetahui 'mood' rakyat terhadap situasi politik negara mutakhir ini.
"Berdasarkan keputusan Survei IDE terkini, hanya 19 peratus yang memilih untuk beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.
"Majoriti responden, 46 peratus memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti.
"29 peratus pula berpandangan beliau wajar membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke15. Hanya 2 peratus sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa," kata IDE dalam satu kenyataan pada Selasa.
Berdasarkan kajian yang dibuat, 31 peratus orang Melayu mahu Parlimen dibubarkan, manakala 21 peratus kaum Cina membuat keputusan yang sama dan 32 peratus kaum India juga memberikan jawapan yang sama.
Dari segi pecahan umur, 33 peratus daripada mereka yang berumur 21 hingga 29 tahun, 30 peratus (30-39 tahun), 29 peratus (40-49 tahun), 27 peratus (50-59 tahun), 32 peratus (60-65 tahun) dan 20 peratus (66 tahun ke atas).
Kajian yang berdasarkan analisis mikro melibatkan umur dan juga kaum, mendapati pandangan
tersebut adalah menyeluruh antara kategori umur mereka yang layak mengundi daripada 21
tahun hingga 66 tahun ke atas.
"Keputusan yang sama juga merentas kaum melibatkan Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak dan lain-lain," kata IDE lagi.
Kajian ini juga turut mendapatkan pendirian responden terhadap isu berkaitan prestasi Kerajaan dan Perdana Menteri, usaha Kerajaan menangani COVID 19 dan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan.
Sebanyak 46 peratus responden memilih untuk Muhyiddin meletak jawatan kerana sudah kehilangan sokongan majoriti.
"Hanya 19 peratus yang memilih untuk beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga tempoh Parlimen tamat.
"Majoriti responden, 46 peratus memilih untuk beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan majoriti.
"29 peratus pula berpandangan beliau wajar membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke15.
"Hanya 2 peratus sahaja yang menyokong untuk meneruskan pengisytiharan darurat untuk terus berkuasa," katanya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan pengisytiharan darurat yang dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong Januari lalu berjanji bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja darurat tamat.
Penggal Parlimen kali ini sepatutnya berakhir pada 16 Julai 2023, genap lima tahun selepas PRU14 diadakan pada 2018 lalu.
#Institut Darul Ehsan
#IDE
#Parlimen
#bubar
#Muhyiddin Yassin
#Kajian
#Melayu
#Cina
#India
#Politik Malaysia
#Berita Terkini
#berita Malaysia
#Berita Astro AWANI