Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming

Bernama
Disember 4, 2022 16:57 MYT
Nga Kor Ming pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Yang Berhormat Anggota Jemaah Menteri di Istana Negara pada Sabtu. - Foto BERNAMA
KEPALA BATAS: Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.
Reezal Merican yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas turut merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang beliau diberi mandat menerajui KPKT sejak Sept 2021.
"Alhamdulillah banyak yang dapat kita laksanakan sebagai satu pasukan di bawah Agenda Malaysia Berdaya Huni atau Liveable Malaysia," katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Beliau turut mendoakan pasukan KPKT agar terus cemerlang sebagai sebuah kementerian yang dekat dengan rakyat untuk memacu Malaysia ke hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini melantik Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, menganggotai Jemaah Menteri memegang portfolio Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Majlis Istiadat angkat sumpah Kabinet Kerajaan Perpaduan
-- BERNAMA
#Kabinet Perpaduan #Reezal Merican Naina Merican #Nga Kor Ming #PRU15
;