Kabinet Ismail Sabri akan diumum 11 pagi esok - PMO

Astro Awani
Ogos 26, 2021 17:28 MYT
Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan kepada Astro AWANI, majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan itu akan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang. - Foto Pejabat Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Pengumuman anggota Kabinet diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal diumumkan pada jam 11 pagi pada Jumaat (27 Ogos 2021).
Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan kepada Astro AWANI, majlis angkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan itu akan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang.
Awal petang tadi, PMO memaklumkan tiada sebarang pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan jemaah menteri beliau.
Ismail Sabri sebelum itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama 1 jam 30 minit di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Istana Negara memaklumkan, pada majlis sembah menghadap itu, Ismail Sabri telah menyembah maklum senarai Anggota Kabinet beliau kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah.
#ismail sabri yaakob #jemaah menteri Ismail Sabri #anggota kabinet Ismail Sabri #angkat sumpah jemaah menteri
;