Kabinet baharu ini cekap bekerja dan berintegriti - Abang Jo

Astro Awani
Disember 30, 2021 15:57 MYT
Menurut Abang Jo, barisan kabinet baharu itu akan komited melaksanakan 34 Aku Janji dalam manifesto PRN12 Sarawak pada 18 Disember. - Gambar fail
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan senarai kabinet negeri.
Sambil menyifatkan barisan Kabinet itu sebagai Kabinet bekerja, cekap; berjiwa rakyat; telus dan berintegriti dengan memberikan perkhidmatan yang efektif, Abang Johari optimis mereka akan komited melaksanakan 34 Aku Janji dalam manifesto PRN12 Sarawak pada 18 Disember, lalu.
BACA: Senarai Kabinet Sarawak: Dr Sim dilantik TKM bersama Uggah, Awang Tengah
Kabinet berpengalaman ini bersama-sama dengan beliau akan memberi tunjuk ajar kepada pemimpin muda sarawak dalam pembentukan polisi dan pentadbiran.
Katanya, barisan kabient juga akan memberi nafas baharu dan membentuk satu komposisi wakil rakyat dalam memberi khidmat terbaik dan efisyen.
#kabinet Sarawak #Abang Johari Tun Openg #Dr Sim Kui Hian #Awang Tengah Ali Hasan
;