Jo-Anna Rampas pertaruh lebih dari paras rupa
Astro Awani
April 30, 2018 14:46 MYT
April 30, 2018 14:46 MYT
TERNYATA bukan paras rupa jadi sandaran.
Buat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas paras cantik bukan keutamaan untuk menarik undi.
'Memang sukar untuk berada dalam arena politik, namun saya bersedia, berkhidmat untuk rakyat," antara
Itu ungkapan Jo-Anna, gadis cantik Dusun berdarah kacukan dimana ibunya berketurunan Kadazan dan bapanya warga British.
Penglibatan wanita berusia 28 tahun ini dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah.
Ingin mengenali Jo-Anna dengan lebih dekat? Malam ini, dalam program Dewiku Bakal YB, beliau bakal mengungkap iltizamnya jika diangkat sebagai Yang Berhormat di kawasan Kiulu pada 9 Mei nanti.
Dewiku Bakal YB merupakan program pilihan raya yang mengangkat suara 11 wanita yang cergas dalam arena dan pentas politik negara.
Sejumlah 11 dewi ini akan diketengahkan dalam program ini dan kesemua akan bertanding dalam proses demokrasi, malah turut serta berganding menjadikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lebih semarak lagi meriah.
Episod pertama Dewiku Bakal YB yang disiarkan pada Ahad memaparkan kisah dan sejarah ADUN Dalat, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Bersiaran selama 11 episod, Dewiku Bakal YB diterbitkan Produser Eksekutif, Azlinariah Abdullah dan dihoskan oleh Khairunnisa Kasnoon, Dania Zainuddin, Dinni Azween Zakaria dan Izza Izelan Basar.
Jo-Anna Sue Henley Rampas akan menentang bekas Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Joniston Bangkuai, penyandang kerusi DUN Kiulu yang dimenanginya dengan majoriti 44 undi.
#Astro Awani
#Azlinariah Abdullah
#Dania Zainuddin
#Dewiku Bakal YB
#Dinni Azween Zakaria
#Izza Izelan Basar
#Jo-Anna Sue Henley Rampas
#Khairunnisa Kasnoon
#Malaysia Memilih